top of page
  • newsatmy

Sultan perkenan MB wakili Kedah ke Majlis Kewangan Negara


ALOR SETAR 19 April: Percubaan menafikan penglibatan Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor sebagai wakil kerajaan Kedah ke mesyuarat Majlis Kewangan Negara, nampaknya tidak berjaya.


Menteri Besar (MB) Kedah itu mendapat perkenan Tuanku Sultan Kedah sebagai wakil kerajaan negeri hadir pada mesyuarat berkenaan semalam di Kementerian Kewangan, Putrajaya.

“Saya menerima surat jemputan melalui Pejabat Menteri Besar pada 17 April jam 8.45 malam untuk hadir mewakili Kedah pada mesyuarat yang dijadualkan pada 18 April, bertempat di Kementerian Kewangan, Putrajaya,” katanya semalam.


Menurutnya Tuanku Sultan Kedah tidak memperkenan permintaan Kementerian Kewangan (MOF) Menteri Besar digantikan dengan individu lain.


Malah katanya beliau terus diberi kepercayaan untuk menggalas tanggungjawab tersebut.

Sebelum ini, MOF difahamkan mengutus surat ke Pejabat Sultan Kedah supaya mesyuarat Majlis Kewangan Negara diwakili individu lain.


Secara konvensyennya Majlis Kewangan Negara dihadiri Menteri Besar dan Ketua Menteri mewakili negeri masing-masing.

bottom of page