• newsatmy

Sumbangan Back To School ADUN Kempas


JOHOR BAHRU: Program Sumbangan “Back To School” yang dianjurkan di peringkat ADUN KEMPAS bersempena sesi persekolahan yang akan dibuka tidak lama. Program ini telah diadakan di Dewan Raya Kempas petang semalam.


Dato’ Osman bin Haji Sapian yang merupakan ADUN Kempas merangkap pengerusi Malaysian Palm Oil Council (MPOC) yang juga merupakan penaja kepada program ini telah merasmikan tersebut.


Seramai 300 Pelajar penerima dari keluarga B40 dari kawasan DUN Kempas. Antara sumbangan yang diberikan adalah kelengkapan sekolah yang bernilai Rm100.00 bagi seorang pelajar.


Program ini turut dihadiri oleh Pengetua Sekolah dan Guru Besar selaku wakil kepada pelajar yang menerima bantuan dan Encik Zulkifli bin Jaafar selaku TImbalan Ketua Bersatu Bahagian Pulai.


“Saya mengucapkan selamat kembali ke sekolah kepada anak-anak yang akan kembali ke sekolah dalam situasi Norma Baru bagi tahun 2021.” Kata Dato’ Osman.

24 views0 comments

Langgani Buletin Kami

  • White Facebook Icon

© 2020 by PN Online.