top of page
  • newsatmy

Sumbangan perayaan Tahun Baru Cina dari ADUN Kempas

10 Februari 2021

JOHOR BAHRU – Program sumbangan kepada masyarakat Tionghoa yang dianjurkan di peringkat ADUN Kempas bersempena perayaan Tahun Baru Cina pada 12 Februari ini, Jumaat. Program ini telah diadakan di Dewan Raya Kempas pada petang ini.


Dato’ Osman bin Haji Sapian yang merupakan ADUN Kempas telah merasmikan program ini dan menyerahkan sumbangan kepada para penerima.


Lebih daripada 50 keluarga menerima sumbangan limau mandarin, barangan keperluan harian seperti beras, gula dan wang tunai (angpau) daripada beliau.


Dato Osman Sapian berkata dengan adanya program seperti ini, dapat mengeratkan perpaduan antara kaum yang ada di Malaysia terutama di ADUN Kempas.


Beliau turut berpesan kepada penduduk Kempas dan sekitarnya, jika mempunyai sebarang masalah atau pertanyaan, boleh terus ke pejabat penghulu berhampiran atau sila lapor di Pejabat ADUN berdekatan.


Dato Osman Sapian turut mengambil peluang untuk mengucapkan selamat menyambut Tahun Baru Cina kepada semua masyarakat Tionghoa dan beliau harap masyarakat sentiasa menjaga SOP dan mengikut apa yang telah ditetapkan oleh kerajaan dari semasa ke semasa. - PN Online



bottom of page