• Matharuzaman Ahmad

Sumbangan tablet dari YB Sedili

1 Februari 2021

KOTA TINGGI – YB Tuan Haji Rasman bin Haji Ithnain yang merupakan ADUN Sedili menyampaikan sumbangan tablet kepada pelajar-pelajar dari keluarga yang kurang berkemampuan.


Sumbangan ini bertujuan untuk memudahkan para pelajar dalam sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).


Antara pelajar yang menerima sumbangan tablet ini adalah dari Sekolah Kebangsaan Sri Perani, Sekolah Kebangsaan Mawai, Sekolah Kebangsaan Bukit Mahkota dan Sekolah Kebangsaan Sri Aman.


Pihaknya juga akan berusaha memberi sumbangan kepada pelajar yang memerlukan dari sekolah yang lain.


Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada para guru besar dan penduduk tempatan kerana terlibat sama dalam program itu. - PN Online

Langgani Buletin Kami

  • White Facebook Icon

© 2020 by EPS Digital Tech Sdn Bhd.