top of page
  • Farah

Surat RoS atau kenyataan menteri yang betul?


KUALA LUMPUR 7 Mac: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, perlu menjelaskan mengenai sepucuk surat yang didakwa dikeluarkan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) berhubung pemilihan dua jawatan tertinggi Umno. Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu) berkata, surat bertarikh 2 Mac 2023 yang dialamatkan kepada Setiausaha Agung Umno itu mendakwa usul tambahan parti itu tidak sah.


Katanya, surat itu secara jelas bertentangan dengan kenyataan media Saifuddin yang menyatakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberi pengecualian kepada Umno berhubung pematuhan Seksyen 13(1)(c)(iv) Akta Pertubuhan 1966.


“Saya tidak tahu surat ini genuine (asli) atau tidak, tetapi ia bertentangan dengan kenyataan akhbar yang diberikan Menteri KDN.

“Ini adalah isu kepentingan awam. Kalau inilah amalan yang dilakukan, adakah pertubuhan lain boleh mencontohi atau menjadi precedent (duluan) kepada perkara ini,” katanya semasa membahaskan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat, hari ini.


Ketua Whip PERIKATAN NASIONAL (PN) itu meminta KDN menjelaskan sama ada isu tersebut merupakan binding precedent (duluan yang mengikat) kepada semua pertubuhan termasuk parti pembangkang dan kerajaan.


Katanya, ini adalah perkara yang sangat penting untuk dijelaskan oleh kerajaan.

Perenggan kedua dalam surat berkenaan menjelaskan ‘JPP telah mendapati usul tambahan Umno yang diputuskan pada PAU 2020 adalah tidak teratur, serta bertentangan dan bercanggah dengan peruntukan Perlembagaan Umno.


Sehubungan itu, keputusan usul tambahan dalam Perhimpunan Agung Umno yang memutuskan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan adalah tidak sah

Commentaires


bottom of page