- newsatmy
Syarikat Malaysia dikenakan sekatan import ke Amerika Syarikat
21 Oktober
Amerika Syarikat (AS) menyekat produk import syarikat Malaysia ,pembuat sarung tangan getah Supermax di atas tuduhan pelanggaran hak pekerja.
Malaysia merupakan lubuk jutaan pekerja asing datang berkerja dalam sektor perkilangan, pertanian dan perkhidmatan. Pejuang hak asasi manusia berkata pekerja asing di Malaysia sering dianiaya oleh pihak syarikat.
Badan Kastam dan Perlindungan Sempadan AS (CBP) telak menguatkuasakan larangan kemasukan sarung tangan Supermax bermula rabu selepas siasatan hasil siasatan, wujud unsur buruh paksa dalam operasi pembuatan syarikat itu.
“CBP mempunyai banyak menunjukkan Superma menindas pekerjanya dan anak syarikatnya menghasilkan sarung tangan dengan melanggar undang-undang perdagangan AS,” kata pegawai agensi itu AnnMarie R Highsmith.
“Selagi Supermax dan anak syarikatnya tidak dapat membuktikan proses pembuatannya bebas dari unsur buruh paksa, produk mereka tidak akan diterima masuk ke negara ini.”
Namun begitu, agensi tersebut tidak memberikan perincian mengenai tuduhan buruh paksa yang berlaku dalam operasi syarikat tersebut.Produk Supermax telahpun dipasarkan di 160 negara dan anggaran eksport sekitar 24 bilion sarung tangan setahun.
Aktivis hak pekerja asing Andy Hall, merupakan mereka yang bertanggungjawab dalam menyiasat Supermax, berkata aduan pekerja itu termasuk disekat dari keluar dikompaun kilang serta keadaan penginapan yang tidak selesa, pemotongan gaji yang tidak mengikut undang-undang.
Hall berharap “tindakan penguatkuasaan perdagangan terhadap syarikat tersebut akan menyebabkan mereka segera memperbaikinya berhubung keadaan hidup tidak selesa yang dihadapi pekerja syarikat itu di Malaysia”.
bagaimanapun,Supermax sehingga kini tidak memberikan sebarang ulasan berhubung perkara tersebut ketika dihubungi.
Saham syarikat menunjukkan penurunan lebih 10% dalam perdagangan bursa saham Kuala Lumpur.
Comments