top of page
  • Writer's pictureArissa Azman

Syed Saddiq hentikan sandiwara politik! - ARMADA Johor

24 Julai 2021

Armada Johor menggesa Syed Saddiq untuk tidak bermain politik kotor dan secara terus menunding jari terhadap kerajaan Perikatan Nasional sehingga dapat mengaburi dan mengheret rakyat untuk turut serta membela dan menutup salah laku beliau.


Beliau menyatakan berlakunya desakan politik, seluruh negara sedia maklum terhadap pendirian dan prinsip YAB Perdana Menteri hari ini yang berkali-kali telah menegaskan untuk tidak mencampuri urusan dan had kuasa mahkamah,jauh sekali menyelamatkan mana-mana ahli politik yang sedang didakwa oleh mahkamah.


Dua pendakwaan telah dikenakan ke atas Syed Saddiq pada 22 julai 2021 di Mahkamah Kuala Lumpur yang merupakan Ahli Parlimen Muar atas kes pecah amanah, iaitu:


Kes 1: 403 Kanun Keseksaan - Salah guna wang sumbangan berjumlah RM120,000 untuk kempen pilihanraya


Kes 2: 405 Kanun Keseksaan - Mengeluarkan tunai berjumlah RM1,000,000 tanpa mendapat kebenaran MPT Parti.


Jelas sekali beliau mengeluarkan nilai 1 juta ringgit tanpa persetujuan Majlis Pimpinan Tertinggi Parti dan ianya bercanggah dengan peraturan parti.


Pengeluaran 1 juta tersebut dibuat bukan semasa tempoh 'Lockdown' seperti yang dinyatakannya, tarikh pengeluaran tersebut adalah pada 06 Mac 2020, manakala tarikh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) adalah pada 18 Mac 2020.


Ketua ARMADA Negeri Johor, Muhammad Shamsuddin Bin Paijan berkata, Syed Saddiq mengeluarkan nilai 1 juta ringgit tanpa persetujuan Majlis Pimpinan Tertinggi Parti dan ianya bercanggah dengan peraturan parti.


Pengeluaran 1 juta tersebut dibuat bukan semasa tempoh 'Lockdown' seperti yang dinyatakannya, tarikh pengeluaran tersebut adalah pada 06 Mac 2020, manakala tarikh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) adalah pada 18 Mac 2020.


Sewajarnya beliau tidak wajar menuduh serta membuat presepsi buruk menyalahkan kerajaan Perikatan Nasional yang dinyatakan membuat ugutan berdasarkan fakta kes dan laporan media sebelum ini.


"Dimanakah yang dikatakan sebagai bersih dan menolak korupsi sedangkan diri beliau sendiri terpalit dengan beberapa dakwaan," ujar beliau pada kenyataan media.


Malah, sebelum ini umum ketahui kronologi kes beliau pernah membuat laporan polis berkaitan kehilangan duit dalam peti besi simpanan beliau yang hanya diketahui “Code” kata laluan oleh beliau sendiri bernilai RM250k yang disyaki penyelewangan kewangan ARMADA.


Mengapa baru Sekarang beliau didakwa?


Sebarang pendakwaan yang akan dikenakan berdasarkan penilaian yang begitu teliti, setelah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat siasatan bertitik tolak laporan yang membawa kepada banyak penemuan bahan bukti sehingga cukup bukti untuk pendakwaan dan barulah beliau dihadapkan ke Mahkamah.


MUDA dan Syed Saddiq bersungguh bagi mewujudkan persepsi buruk serta berdolak-dalih bahawa pendakwaan ini berunsur politik.


Memfitnah kerajaan Perikatan Nasional bagi mengalih pandangan rakyat tanpa ada bukti kukuh terhadap penglibatan kerajaan.


"Armada Johor mengesyorkan beliau tidak perlu gusar jika tidak bersalah kerana beliau mempunyai masa dan ruang yang cukup untuk membela diri di mahkamah kelak dan tidak perlu mengheret rakyat terhadap masalah ini sehingga mendatangkan persepsi buruk pada kerajaan yang mementing prinsip,


"Syed Saddiq debat sahaja di mahkamah keadilan, bukan di media sosial, barulah Gentlemen," tambah beliau lagi.


Armada Bersatu Johor menyeru kepada semua pemimpin politik untuk memberikan fokus bagi menangani Pandemik COVID-19 ini dan terus membantu masyarakat terkesan dilapangan berbanding mengutamakan kepentingan politik peribadi.


Armada Bersatu Johor turut mengajak semua pihak untuk terus mematuhi SOP yang telah ditetapkan memandangkan negara telah menerima Varian baru COVID-19.


"Kita masih belum menang, perangi COVID-19 adalah tanggungjawab kita bersama,


"Marilah kita bersama mendukung segala usaha Kerajaan dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN) dengan melakukan pendaftaran dalam Program Vaksinasi Nasional agar negara mencapai herd Immunity imuniti kelompok secepatnya dan membolehkan negara bergerak ke fasa seterusnya serta kita dapat melaksanakan aktiviti ekonomi dan kehidupan seperti sedia kala," tambah beliau.




--PN Online

bottom of page