top of page
  • zaman

Syukor Burger, restoran tempatan pertama buka cawangan pandu lalu di JB

JOHOR BAHARU,2 Sept:Syukor Burger, perniagaan itu kini melangkah ke fasa baharu apabila secara rasminya cawangan drive-thru pertama telah dibuka di Johor Bahru.


Dengan pembukaan itu sekaligus menjadikan restoran jenama tempatan pertama yang membuka cawangan pandu lalu


Pemilik rangkaian restoran Syukor Burger,Syukor Majid berharap perniaggannya terus maju dan mampu berdaya saing dengan jenama terkemuka seperti McDonald dan Burger King.


Seperti yang dikongsikan di media sosial, cawangan pandu lalu Syukor Burger telah pun dibuka untuk semua pengunjung bermula Khamis.


Laman Johor Destinasi Permata Selatan turut mempromosi restoran Syukor Burger dan mengajak orang ramai menyokong perniagaan anak tempatan itu.

Comments


bottom of page