Arissa Azman
"Tanah yang diselamatkan ialah sebahagian tanah haram taikun Cina" - Che'gu Bard
7 Julai 2021
Seorang YB DAP telah menuduh bahawa Kerajaan Negeri PAHANG tidak menghiraukan Perintah Mahkamah untuk gantungkan tindakan untuk mengusir atau mencegah perayu ( pekebun haram ) untuk memasuki kebun.
Dalam Perintah tersebut, tanah-tanah yang terlibat adalah Sungai Raun, Sungai Chalit, Sungai Kiau dan Tranum, Mukim Gali, Daerah Raub dan Sang Lee, Kampung Sungai Chetang, Tras, Mukim Tras, Daerah Raub dan Hutan Simpan Gunung Benom.
Dua hari lalu, Kerajaan Negeri Pahang dengan pihak berkuasa berkenaan telah menebangkan pokok yang ditanam haram di HUTAN SIMPANAN KEKAL BATU TALAM seluas 200 ekar dan menghalang pekebun haram untuk memasuki kawasan hutan simpanan tersebut.
Saya mahu tanya YB tersebut, mana dalam Perintah ini menyebut tentang HUTAN SIMPANAN KEKAL BATU TALAM ?
Siapakah yang cuba mengelirukan rakyat Malaysia sekarang ?
Mohon YB juga beritahu kepada Pekebun Haram di HUTAN SIMPANAN KEKAL BATU TALAM BAHAWA mereka telah :
1.) Bersalah bawah Akta Perhutanan Negara 1984 dengan memasuki Hutan Simpanan Negara tanpa lesen dan permit
2.) Bersalah bawah Akta yang sama, dengan menerokai Hutan Simpanan Negara tanpa lesen dan permit.
Dua-dua kesalahan di atas boleh dihukum dengan denda, penjara dan Kedua-dua ya.
3.) Bersalah bawah Akta Cukai Pendapatan 1967 dengan tidak melaporkan cukai atas keuntungan sebelum ini.
Parti YB Kan selalu sindir Najib agar bayar cukai atas duit penyelewengan ? Jangan hipokrit kali ini k ?
4.) Bersalah bawah Enakment Negeri Pahang tidak membayar Levi kegunaan tanah di Negeri Pahang.
Mana kedaulatan Undang-Undang ? Kalau pekebun haram boleh memiliki tanah yang tidak dimiliki mereka, melakukan kesalahan yang bercanggah dengan Akta Parlimen, lari cukai, mana lagi ada undang-undang di Malaysia ?
MANA KEDAULATAN UNDANG-UNDANG ?
DAP pembela penceroboh haram yang musnahkan warisan negara hingga jadi jutawan. Rumah melayu miskin dan gerai melayu marhaen di Selangor diroboh ADUN DAp diam tapi taikun punya pasal sanggup adun Dap rentas negeri secara haram untuk buat kacau.
Che'gu Bard.
--PN Online
Comments