- newsatmy
Tangkap layar Malaysia tak sertai Olimpik adalah berita palsu - MSN
Updated: May 30, 2021
30 Mei 2021
KUALA LUMPUR: Tangkap layar yang tular mendakwa penyertaan Malaysia ke Sukan Olimpik Tokyo ditolak adalah berita palsu, kata Majlis Sukan Negara (MSN).
MSN menegaskan Malaysia akan tetap ke temasya itu.
"Ini adalah berita palsu. Kontinjen Malaysia tetap akan ke temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020," kata MSN menerusi hantaran terbaharu laman Facebooknya malam tadi.
Penafian itu turut dibuat oleh Majlis Olimpik Malaysia (MOM) yang menyatakan tidak menerima sebarang makluman daripada Jawatankuasa Pengelola Temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020 berhubung penyertaan kontinjen negara ke temasya tersebut.
Terdahulu, tular satu tangkap layar akaun Twitter @Twt_PutrajayaWP kononnya penyertaan Malaysia ke Olimpik ditolak oleh Tokyo.
Olimpik Tokyo 2020 dijadualkan bermula 23 Julai ini hingga 8 Ogos, manakala Sukan Paralimpik pula akan berlangsung dari 24 Ogos hingga 5 Sept.
-- BERNAMA
Comments