top of page
  • Writer's pictureMatha Ahmad

Tanpa ilmu, dikhuatiri akan wujud "Belia rentan"- Wan Fayshal


PUCHONG, 21 Ogos –Senator Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata beliau sedih apabila ada di kalangan anak muda memilih sektor ekonomi gig, seperti penghantar makanan, sebagai kerjaya dalam hidup.


Oleh itu, katanya, beliau mahu mengubah persepsi salah anak muda supaya mereka mendapat kerjaya tetap dengan pendapatan yang stabil.Beliau berharap anak muda meninggkatkan kemahiran diri dengan mengikuti pendidikan TVET atau sebagainya.


Beliau berkata demikian dalam ucapan di Konvensyen Mahasiswa Malaysia (KKM) 2022 di sini, pada Sabtu.


Bertemakan ‘Membangun Siswa Demi Negara’, KKM 2022 menghimpunkan tokoh teknokrat anak muda dan ulama negarawan Malaysia.Wan Ahmad Fayhsal, yang juga Ketua Armada BERSATU turut menyentuh mengenai kadar kemasukan ke universiti di kalangan anak muda yang amat rendah.


Ini kerana, katanya, ketika beliau menjadi Timbalan Menteri Belia dan Sukan sebelum ini, beliau mendapati kadar kemasukan anak-anak muda ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) sangat membimbangkan.


Beliau menjelaskan ia bukan faktor Covid-19 tetapi dilihat oleh anak muda masa kini,apabila pendidikan tinggi dilihat bukan satu keperluan lagi.


Tambah beliau lagi,dianggarkan lepasan sekolah SPM ada 500,000 pelajar tapi yang masuk IPT mungkin 100,000 sahaja manakala bakinya masuk dalam pekerjaan dan sebagainya.


Beliau bimbang jika amalan ini berterusan akan mewujudkan golongan ‘belia rentan’


“Bayangkan, apa akan berlaku jika anak bangsa kita culas dalam tanggungjawab sebagai mahasiswa, kita telah mengorbankan tiang seri kekuatan agama, bangsa dan negara dalam berdepan cabaran yang cukup hebat di masa depan,” katanya yang turut berkongsi pengalamannya bergelar mahasiswa di Universiti Teknologi Petronas pada 2005-2009. di sini, pada Sabtu.



bottom of page