top of page
  • newsatmy

Tarikh PRU15 ditentukan Kabinet, bukan UMNO - Hadi Awang


ALOR SETAR,3 Sept: Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang menegaskan bahawa tarikh Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) hanya boleh diputuskan melalui perbincangan serta persetujuan Kabinet dan bukannya pihak luar termasuk kepimpinan tertinggi UMNO.


Menurutnya, di dalam Kabinet kerajaan pimpinan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, UMNO merupakan kumpulan yang lebih kecil jika dibandingkan dengan wakil dari Perikatan Nasional (PN), serta parti-parti politik dari Sabah dan Sarawak.


"(Tarikh) Pilihan Raya (PRU15) belum diumumkan, semua tidak tahu bila (akan dilaksanakan), Perdana Menteri pun susah nak buat (keputusan apabila berkait dengan) tarikh pilihan raya. "Tetapi kalau ikut Perlembagaan, (pihak) yang boleh menetapkan adalah Kabinet, Kabinet (yang melakukan perbincangan), (Kabinet pula) bukan majoriti (Ahli Parlimen dari) UMNO, majoritinya adalah Perikatan Nasional, termasuk parti-parti lain, termasuk Sabah dan Sarawak.

"(Atas sebab itu saya nak tegaskan) Perdana Menteri tidak boleh bergantung kepada Resolusi Perhimpunan Agung UMNO (jika nak buat keputusan berkaitan PRU15)," katanya.

bottom of page