top of page
  • newsatmy

Taylor Swift, Beyonce lakar sejarah di Anugerah Grammy 2021.

16 Mac 2021

LOS ANGELES: Penyanyi Taylor Swift menang Album Terbaik dalam Anugerah Grammy tahun ini menjadikan Swift penyanyi wanita pertama yang memenangi kategori itu sebanyak tiga kali.


Swift, 31, menang kategori itu menerusi albumnya “Folklore”. Sebelum ini, Swift pernah menang kategori Album Terbaik menerusi album “Fearless” dan “1989”.


Bukan itu sahaja, Beyoncé juga melakar sejarah dalam kemuncak Anugerah Grammy 2021 dengan merangkul anugerah Grammy yang ke-28 menerusi lagu "Black Parade" dalam kategori Persembahan R&B Terbaik.


Ia sekaligus meletakkan Beyoncé artis wanita yang paling banyak memenangi anugerah dalam sejarah acara berprestij ini.


Beyoncé turut merangkul anugerah dalam kategori Persembahan Rap Terbaik, yang dikongsi bersama Megan Thee Stallion untuk lagu "Savage (Remix)”, dan kategori Video Muzik Terbaik untuk lagu "Brown Skin Girl," yang dikongsikan bersama anak perempuannya Blue Ivy.


Kemenangan Beyonce sekaligus, memecah rekod penyanyi Alison Krauss yang mempunyai 27 Grammy.


Selain itu, Megan Thee Stallion juga dinobatkan sebagai Penyanyi Baru Terbaik.


Anugerah Lagu Terbaik dirangkul oleh lagu “I Can’t Breathe” oleh Dernst Emile II, H.E.R. dan Tiara Thomas.


Anugerah Grammy tahun ini dihoskan buat pertama kalinya oleh Trevor Noah di Los Angeles.

Sebahagian anugerah telah diumumkan secara atas talian menerusi siaran maya.


-Astro Awani

bottom of page