• newsatmy

Teka-teki Neelofa, PU Riz berkahwin terjawab minggu ini?

23 Mac 2021

KUALA LUMPUR : Pasangan selebriti popular, Neelofa dan pendakwah bebas, Haris Ismail atau lebih dikenali sebagai PU Riz dikatakan bakal membina mahligai perkahwinan, hujung minggu ini.


Beberapa tarikh yang menjadi perdebatan netizen adalah sama ada esok, lusa atau Sabtu ini.


Pun begitu, tidak sehingga kini, tidak ada pengesahan daripada 'tuan punya badan'.

Tinjauan Astro AWANI mendapati, rata-rata penyokong di Instagram mendoakan kebahagian pasangan itu yang bakal mengakhiri zaman bujang.


Seorang pemilik akaun Instagram bernama wendy_crestena dalam ruangan komennya berkata 'Cant wait....semoga dipermudahkan urusan menghalalkan kasih syg haris dan lofa...sentiasa menjaga dan mencintai sehingga ke syurga.


Sementara seorang lagi pengikut Instagram Neelofa yang dikenali sebagai ann_alliya pula dlihat berdebar dan teruja.


Sebuah entri yang dimuat naik menerusi akaun Instagram @lofa.page memaparkan PU Riz sedang membelek samping songket.


Pun begitu, entri itu dipadam sejurus kemudian.


Video itu dimuat naik selepas sebuah entri yang melihatkan seolah-olah Neelofa di sebuah butik baju dimuat naik dalam akaun sama.


Terdahulu, kisah hubungan cinta antara Neelofa atau nama penuhnya, Noor Neelofa Mohd Noor dan PU Riz mendapat perhatian ramai apabila Neelofa dikatakan tidak lagi memakai cincin merisik pemberian keluarga.


Bagaimanapun, baru-baru ini tular mengenai cincin merisik yang dipakai semula di jari manis pengacara Neelofa baru-baru ini membuktikan hubungan cinta mereka masih utuh dan berada dalam keadaan baik.


Neelofa sebelum ini menjelaskan, wujud banyak salah faham serta cerita tidak berasas sehingga memburukkan keadaan dan hubungan mereka. - AA