top of page
  • Farah

Tengku Zafrul sahkan dipanggil SPRM bantu siasatan


KUALA LUMPUR, 20 Feb- Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mengesahkan telah dipanggil oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan agensi tersebut. Beliau memaklumkan akan bertemu pihak agensi itu untuk memberi keterangan dalam masa terdekat. "Betul, saya mengesahkan telah dipanggil oleh pihak SPRM. Insya-Allah saya akan berjumpa dengan pihak SPRM dalam masa terdekat dan akan memberi kerjasama sepenuhnya untuk membantu pihak SPRM dalam siasatan mereka", katanya kepada media selepas Sesi Libat Urus Sambutan Tahun Baharu China MITI bersama agensi di Menara MITI, di sini.


Bagaimanapun, beliau enggan mengulas sama ada ia berkaitan siasatan kes Jana Wibawa atau sebaliknya. Tambahnya, beliau akan hanya berkongsi butiran lanjut mengenainya selepas selesai memberi keterangan. Semalam, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki dalam kenyataan memaklumkan, SPRM akan memanggil Tengku Datuk Seri Zafrul yang juga merupakan bekas Menteri Kewangan berhubung bantuan rangsangan COVID-19, Jana Wibawa.

bottom of page