Arissa Azman
Terima Kasih Abah!
16 Ogos 2021
Seluruh negara pada waktu dan ketika ini sedang menanti dengan penuh debar tentang keadaan Kerajaan dan nasib seorang Perdana Menteri yang begitu peduli dan prihatin terhadap negara dan rakyatnya.
Begitu banyak tuduhan dan cemuhan di lontar kepada dirinya dan kerajaan pimpinannya, namun pesannya, Visinya dan Misinya jelas dan tidak terganggu gugat yakni keutamaan Kerajaan Pakatan Nasional ialah terus menerus bekerja untuk negara dan rakyat.
Di pesannya kepada kabinet lantikkannya;
"Tidak perlu tercuit dengan lontaran tomahan politik tidak berkesudahan daripada barisan pembangkang, tidak perlu menyalahkan kerajaan sebelumnya, tidak perlu mengutuk dan menghina Perdana Menteri sebelumnya."
"Hari ini kita adalah kerajaan,maka beban menghadapi pandemik Covid-19 dan memulihkan negara adalah tanggungjawab dan amanah untuk kita (PN),"
Tidak ditahan tangannya, melainkan dihulurkan kepada rakyat-rakyatnya yang memerlukan, baginya ekonomi dan wang mampu di jana kembali namun sekali pun beliau tidak sudi untuk berpeluk tubuh dan mengatakan jangan terlalu mengharap bantuan Kerajaan.
Hari ini, saat negara sudah melihat cahaya di hujung terowong pandemik covid-19, beliau sedang cuba di jatuhkan, kerajaan pimpinannya cuba diruntuhkan, namun dia pasrah, dia rela walau seakan tidak dihargai, baginya yang penting negara ini akan pulih dan rakyat akan kembali berseri walau jasanya tetap di cemuhi oleh barisan serakah gila kuasa.
Tan Sri Muhyiddin Yassin, walau warkah ini mungkin tidak akan terbaca oleh mu, namun kami jelata yang sedar dan mahu untuk berfikir, menghargai usaha dan perjuanganmu dan seluruh barisan kabinetmu.
Kami sedar, tika engkau dan janteramu sedang giat merangka strategi dalam memulihkan negara pada waktu yang sama engkau dan jiwa besarmu ingin menyatukan kembali akan Melayu yang semakin layu dan berpecah-pecah.
Maafkan lah akan kami yang termakan akan momok-momokkan hina dari serakah yang gila kuasa. Penat lelah dan perjuangan mu moga tersemat dalam sejahtera di balik arus masa. Terima kasih Abah.
Che'gu Bard.
--PN Online
Comments