top of page
  • admin

"Tersohor main politik wang ialah UMNO,PN mana ada duit"- Sanusi


JITRA 12 Jan: Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mencabar Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi supaya menangkap semua ahli politik di negara ini yang mengamalkan politik wang.


Tegasnya, sebagai individu yang menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid mempunyai kuasa untuk menangkap golongan terbabit.

“Dia (Ahmad Zahid) jadi Timbalan Perdana Menteri suruh dia pergi tangkap semua yang main politik wang… jangan cakap banyak, pergi tangkap, cakap apa? Dah ada kuasa pergi tangkap. “Kita (PN) mana ada duit nak main politik wang… yang tersohor di serantau dunia main politik wang ini UMNO dan Barisan Nasional (BN). PN tak ada, bukan barulah tahun 70-an 80-an dah mula sampai sekarang ini tidak payah palit nama dia (Zahid) dekat orang,” kata Muhammad Sanusi yang juga Menteri Besar Kedah.


Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan majlis pelancaran Perbadanan Mampu Milik Darul Aman Saujana dan Pelan Induk Bandar Darul Aman 3.0, di sini, pada Khamis.


Muhammad Sanusi berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Ahmad Zahid bahawa politik wang didakwa menjadi faktor utama 'tsunami politik' yang mengakibatkan kejatuhan BN pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), apabila gabungan itu hanya mampu memenangi 30 kerusi Parlimen.


Ahmad Zahid dilaporkan mendakwa, 'kuasa beli luar biasa' daripada parti lawan menyebabkan pengundi berubah sikap dan gagal menilai prestasi politik khidmat yang dilaksanakan Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN sepanjang tempoh lima tahun lalu.


Dalam perkembangan sama, Muhammad Sanusi yang juga Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat mendakwa, politik wang dalam kalangan pimpinan UMNO bukan lah perkara baru malah ia sudah berlaku sejak tahun 70-an dan 80-an sehingga sekarang.



bottom of page