top of page
  • Writer's pictureArissa Azman

Teruskan PRN Melaka jika ingin lihat kekuatan UMNO - Hanafi

11 Oktober 2021

Kemelut politik di Melaka perlu diselesaikan dengan kaedah berkepentingan rakyat bukan hanya bagi kepentingan parti politik semata-mata.


Bagi Datuk Hanafi, Timbalan Pengerusi BERSATU Negeri Sembilan, beliau menganggap peristiwa yang berlaku ini adalah titik tolak perpecahan UMNO dalaman sendiri dan kalau betul UMNO dah bergolak dalamannya, mereka harus tanggung sendiri akibat daripada perbuatan mereka sendiri.


"Apa yang berlaku ini telah memberi kesan negatif kepada rakyat mereka sendiri di atas kerakusan ahli politik mereka,


"Walaupun pada dasar keadaan bahaya pada keselamatan masyarakat tetapi percaturan serta konflik politik yang sering ditimbulkan oleh ahli politik membuatkan sudah tiba masanya mandat diberi pada rakyat dengan pengawalan terperinci semasa pengundian.


"Jika tidak rakyat akan terus dihimpit dengan kemelut politik peribadi ahli politik yang hilang fokus utama memperjuangkan rakyat,"


"Tapi bagi saya inilah masanya kita perlu adakan Pilihan Raya untuk kita tengok sendiri UMNO tu betul ke kuat, dan Insha-Allah BERSATU akan bertanding semua kerusi, memang itu tujuan asal kita pun," ujar beliau.


"Bagi saya nak cerita jangka BERSATU menang atau tak menang ni masing-masing ada kekuatannya sendiri dan kalau kita tengok tak mustahil kalau kita menang sebab selama ini pun apa yang berlaku disebabkan kerakusan kuasa (UMNO),


"Kita kena ada 2/3 ni, kalau takde susah la, lompat sana lompat sini. nak dapat 2/3 ni pun agak mustahil, tapi kita kena dapatkan jugak untuk kita mentadbir negara,"


Ketika ditanya jika diberi pilihan BERSATU bergabung dengan UMNO atau bergerak sendiri itu, pada pendapat beliau BERSATU ini banyak serpihan daripada UMNO, cuma ada yang tak mengaku.


"Pilihan Raya Kecil Melaka ini nampaknya seperti tidak boleh dielakkan apabila yang dipanggil itu adalah Perikatan Nasional dan UMNO,


"Tetapi selepas dipanggil untuk pilihan raya, mereka umum pulak nak darurat untuk mengelakkan pilihanraya tersebut kerana UMNO bergaduh berebut harta negeri,


"Saya menganggap peristiwa yang berlaku ini adalah titik tolak perpecahan umno dalaman sendiri.


"Jadi kalau betul-betul UMNO dah bergolak dalamannya mereka kena tanggung sendiri la akibat daripada perbuatan mereka sendiri dan apa yang berlaku ini telah memberi kesan negatif kepada rakyat mereka sendiri di atas kerakusan ahli politik mereka," tambah beliau.




bottom of page