top of page
  • Writer's pictureMatha Ahmad

Tewas di Pontian,politik Hasni akan berakhir selepas 22 tahun


PONTIAN 19 Mac:Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berjaya menewaskan penyandangnya, Hasni Mohammad dalam persaingan jawatan Ketua UMNO Bahagian Pontian dalam pemilihan parti pada semelam.


Ahmad Maslan,sebelum ini Timbalan Ketua Bahagian UMNO Pontian, memperoleh 388 undi, manakala Datuk Seri Hasni Mohammad yang juga bekas Ketua UMNO Bahagian Pontian hanya meraih 291 undi.


Seramai 690 perwakilan daripada 117 cawangan terbabit dalam proses pemilihan kali ini yang diadakan di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Pontian.


Kemenangan Ahmad Maslan telah menamatkan legasi Hasni yang memegang jawatan Ketua UMNO Bahagian Pontian selama 22 tahun.


Pertembungan Ahmad dan Hasni sebelum ini mencuri tumpuan kerana kedua-duanya mempunyai pengalaman politik yang luas dalam UMNO.


Hasni merupakan Ahli Parlimen Simpang Renggam dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Benut selaku bekas Pengerusi UMNO Johor dan Menteri Besar Johor.


Manakala jawatan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pontian pula dimenangi Datuk Sumali Mohd Reduan, manakala Naib Ketua UMNO Bahagian Pontian disandang oleh Jamaluddin Abd Majid


Barisan pemimpin UMNO Pontian yang dilihat sebagai penyokong Ahmad Maslan telah menguasai pemilihan parti itu kali ini.


Daripada jawatan Timbalan Ketua Bahagian, Naib Ketua Bahagian dan sayap parti - Pemuda, Wanita dan Puteri boleh dikatakan hampir keseluruhannya dikuasai mereka yang pro kepada Ahmad Maslan.




bottom of page