top of page
  • admin

TH pajak bangunan, kekalkan harga sewaan


SHAH ALAM 13 Jan: Lembaga Tabung Haji (TH) telah memajak bangunan penginapan jemaah haji di Mekah dan Madinah untuk beberapa musim dalam usaha mengekalkan harga sewaan bagi menangani impak kenaikan kos haji.


Pengarah Eksekutif TH, Datuk Seri Syed Saleh Abdul Rahman berkata, institusi itu juga mengambil langkah ke depan dengan memeterai perjanjian jangka panjang dengan syarikat-syarikat penerbangan susulan kenaikan kos.


Katanya, seperti yang semua maklum, kos haji adalah semua kos langsung untuk menunaikan haji merangkumi tiket penerbangan, pengangkutan di Tanah Suci, sewaan bilik penginapan di Makkah dan Madinah, sajian makanan dan bayaran untuk pelbagai perkhidmatan asas kepada pihak-pihak berwajib di Arab Saudi. “Kesemua elemen ini telah meningkat dari setahun ke setahun termasuk harga sewaan hotel-hotel di Makkah dan Madinah.


“Antara faktor-faktor utama yang menyebabkan kenaikan kos haji adalah disebabkan inflasi berikutan impak ekonomi global seperti perang Russia-Ukraine, kenaikan harga minyak, isu logistik pasca COVID-19, percukaian, kadar pertukaran wang serta pasaran hartanah di Makkah dan Madinah.


Sinar Harian


bottom of page