top of page
  • Farah

Theerathon: “Malaysia Tidak Akan Sentiasa Bernasib Baik”

10 Jan

Ketua pasukan Thailand, Theerathon Bunmathan begitu yakin yang pasukannya akan berjaya menewaskan Malaysia pada perlawanan malam ini.


Thailand akan berdepan dengan Malaysia untuk aksi separuh akhir kedua Piala AFF 2022 dengan pemenang akan bertemu Vietnam di perlawanan akhir.


Menyedari kekalahan di Bukit Jalil tempoh hari, Polking berasa ralat kerana pasukannya sepatutnya menang tempoh hari kerana bermain dengan baik.


Maka tidak hairan kenapa beliau begitu yakin yang Thailand akan menang pada malam ini.

“Kami kalah pada perlawanan pertama tetapi aksi ini masih lagi terbuka.

“Kesemua 23 pemain dalam skuad sudah bersedia untuk beraksi pada perlawanan kedua dan membantu Thailand untuk sampai ke perlawanan akhir.

“Kami cuba menjaringkan gol [di perlawanan pertama] tetapi nasib tidak menyebelahi. Malaysia tidak akan sentiasa bernasib baik,” ujar Theerathon menerusi Bangkok Post.


Dalam masa yang sama, Theerathon mahukan sokongan padu penyokong mereka di stadium akan menenggelamkan skuad Malaysia.


Jualan tiket untuk aksi di Stadium Thammasat dikatakan sudah habis dengan 25 ribu penyokong akan memenuhi stadium tersebut.

“Saya mahukan sokongan padu penyokong di stadium. Semua orang lihat apa yang mereka lakukan di Bukit Jalil [insiden membaling cawan minuman kepada Theerathon].

\

“Saya mahukan penyokong Thailand memberikan tekanan yang menggila kepada Malaysia dengan sorakan padu mereka,” kata ketua pasukan Thailand itu lagi.


Theerathon dan Thailand akan bertemu Harimau Malaya dalam aksi separuh akhir kedua pada jam 8.30 malam waktu Malaysia.


Semua bola

bottom of page