top of page
  • newsatmy

THT berpesta gol, benam TNB Thunderbolts 8-1


KUALA TERENGGANU 19 Feb: Pemain bintang Korea Selatan, Jang Jonghyun melakar hatrik manakala penyerang negara Faizal Saari menjaringkan dua gol untuk meraikan kemenangan Pasukan Hoki Terengganu (THT) yang menewaskan TNB Thunderbolts 8-1, dalam aksi Liga Hoki Malaysia (MHL), petang semalam.


THT, bermain di gelanggang sendiri, - Stadium Hoki Majlis Bandaraya Kuala Terengganu - tidak dapat dihalang apabila menjaringkan gol menerusi Muhammad Marhan Jalil seawal minit kelapan, Shello Silverius (minit ke-13); Faizal Saari (minit ke-22, ke-60), Jang Jonghyun ( ke-24, ke-50, ke-59); dan Fitri Saari (ke-56).


TNB berjaya menjaringkan gol saguhati menerusi Akmal Azaman pada minit ke-21 menerusi pukulan sudut penalti.

Dengan kemenangan itu, THT berjaya mengumpul 13 mata daripada lima perlawanan manakala TNB Thunderbolts kekal dengan empat mata



-- BERNAMA

bottom of page