• newsatmy

Tiada lagi Zon Hijau COVID-19 di Semenanjung

19 Mei 2021

KUALA LUMPUR: Tiada lagi daerah di Semenanjung kini berstatus Zon Hijau COVID-19, apabila 11 daripada 13 negeri dan Wilayah Persekutuan berada dalam Zon Merah berikutan peningkatan penularan COVID-19 di negara ini.


Berdasarkan data terkini taburan kes COVID-19 dikongsikan Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) Kementerian Kesihatan (KKM) dalam tempoh 14 hari sejak 5 hingga semalam, hanya Perlis (2 kes) dikategorikan negeri Zon Kuning, iaitu mempunyai satu hingga 20 kes.


Ini berikutan semua negeri lain di Semenanjung, dikategorikan Zon Merah yang mana ia merekodkan lebih daripada 40 kes.


Taburan kes setakat 18 Mei.


Ketika ini hanya 10 daerah di Semenanjung berstatus Zon Kuning dengan kes jangkitan di antara satu hingga 20 kes di antara 5 hingga 18 Mei.


Ketika ini hanya daerah Maran dan Cameron Hinglands di Pahang masih Zon Kuning, sementara di Mersing (Pahang); Padang Terap dan Sik (Kedah); Perak Tengah (Perak) dan Gua Musang (Kelantan), manakala Hulu Terengganu dan Kemaman di Terengganu.


Sehingga semalam, Zon Jingga hanya direkodkan di Langkawi, Marang (Terengganu), Bera, Lipis dan Rompin (Pahang), Kampar (Perak), serta Jelebu dan Kuala Pilah (Negeri Sembilan).


Daripada infografik itu, Selangor mendahului rekod negeri lain yang merekodkan kes tertinggi iaitu 20,649 kes ialah daerah Petaling mencatatkan 7,426 kes, diikuti Hulu Langat (4,686), Klang (2,877), Gombak (2,326) dan Kuala Langat (1,161 kes).


Ia disusuli Kuala Lumpur dengan keseluruhan 5,751 kes, Johor (4,709), Kelantan (4,539), Pulau Pinang (3,693), Kedah (2,684), Perak (1,871), Negeri Sembilan (1,752), Terengganu (1,281), Pahang (1,225), Melaka (1,156) dan Putrajaya 163 kes, sementara Perlis mencatatkan 17 kes.


Bagi Sarawak yang mencatatkan keseluruhan 6,544 kes dengan Simunjan, Asajaya, Kabong, Marudi dan Telang Usan, masih tiada kes (Zon Hijau, selain di Sabah (1,009 kes) status sama dicatatkan di Tambunan, Kudat, Nabawan, Pitas, Kuala Penyu, Tongod, Telupid dan Beluran.


-Berita Harian