top of page
  • admin

Tiada Menteri dan Ahli Parlimen kerajaan berjumpa pemandu teksi tuntut KWSP di Parlimen


KUALA LUMPUR 3 April: Norazlan Ismail, seorang pemandu teksi yang tular kisahnya dalam media sosial dalam berjuang menuntut pengeluaran wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bertemu dengan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin.


Norazlan yang baharu tiba di Kuala Lumpur semalam selepas berjalan kaki selama beberapa hari dari Johor bagaimanapun tidak dapat berjumpa dengan Menteri dan Ahli Parlimen kerajaan, namun berpeluang bertemu dengan mantan Perdana Menteri Kelapan di lobi Parlimen tengahari tadi.


Terdahulu, Norazlan selesai menyerahkan memorandum yang dibawanya dari Johor di Istana Negara bagi menuntut pengeluaran KWSP secara bersasar.


Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan juga bersama delegasi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang terdiri Presiden Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIR), Azmie Bugis – AB; Global Human Rights Federation (GHRF) dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) turut menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong.


Memorandum tuntutan itu diterima oleh Ketua Komunikasi Korporat Istana Negara, Datuk Muzli Mohd Zin.



bottom of page