Arissa Azman
Tiada tindakan tatatertib terhadap Doktor Kontrak - Menteri Kesihatan
28 Julai 2021
Menteri Kesihatan, Dato' Sri Dr. Adham Bin Baba, mengesahkan tiada tindakan tatatertib dikenakan terhadap Doktor Kontrak yang menyertai demonstrasi di beberapa lokasi hospital seluruh negara, pada Isnin lalu.
Beliau berkata demikian ketika menjawab isu-isu dibangkitkan oleh ahli dewan.
"Berkaitan dengan Doktor Kontrak, tidak akan dikenakan apa-apa tindakan tatatertib walaupun mereka telah keluar dan membuat demonstrasi" katanya.
Ketika sesi menjawab itu, wakil pembangkang beberapa kali mencetuskan situasi tekan.
Suasana riuh menyebabkan apa yang dijelaskan Menteri tidak diambil peduli oleh segelintir Wakil Pembangkang.
Situasi tersebut berlaku kepada wakil Klang yang bangun dan menanyakan sama ada tindakan disiplin dikenakan terhadap Doktor Kontrak yang menyertai demonstrasi.
--PN Online
Comments