top of page
  • newsatmy

Tiga termasuk kanak-kanak maut nahas dua kenderaan di Bentong

29 Mac 2021

BENTONG: Dua wanita dan seorang kanak-kanak perempuan maut apabila kereta dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah treler pengangkut kenderaan di Jalan Tras Bentong - Raub, di sini, awal pagi Isnin.


Dalam kemalangan yang dilaporkan jam 3.43 pagi itu, seorang kanak-kanak lelaki penumpang kereta jenis Perodua Myvi dan pemandu lori terselamat, lapor Sinar Harian.


Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Anuar Hassan berkata, susulan maklumat diterima, lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bentong ke lokasi bagi operasi menyelamat.


Menurutnya, tiga mangsa yang maut tersepit di dalam kenderaan manakala seorang penumpang berjaya dikeluarkan dengan bantuan orang awam.


"Pihak bomba bertindak mengeluarkan mangsa tersepit menggunakan peralatan menyelamat sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya.


Anuar berkata, mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Bentong untuk mendapatkan rawatan.

- Sinar Harian

bottom of page