• newsatmy

Tingkap bas Real Madrid dipecahkan penyokong, pengurusan Liverpool mohon maaf

15 April 2021

LIVERPOOL: Tingkap bas Real Madrid dilapor dipecahkan ketika kunjungan pasukan bola sepak terkemuka Sepanyol itu ke Anfield.


Tindakan yang dipercayai dilakukan segelintir penyokong tuan rumah menjelang perlawanan suku akhir Liga Juara-Juara Eropah itu mendapat kecaman ramai, termasuk peminat setia dan daripada pengurusan Liverpool sendiri.


"Kami mengutuk perbuatan merosakkan bas pasukan Real Madrid ketika ketibaan mereka di Anfield petang tadi.


"Ia tidak dapat diterima sama sekali. Sikap segelintir individu yang (melakukan perbuatan itu) amat memalukan.


"Kami memohon maaf kepada pasukan pelawat di atas insiden berkenaan.


"Kami akan bekerjasama dengan polis Merseyside untuk mengenal pasti mereka yang bertanggungjawab," kata Liverpool dalam satu kenyataan.


Real Madrid mara ke separuh akhir untuk bertemu Chelsea selepas mencatat kemenangan 3-1 secara agregat.


-Astro AWANI