top of page
  • Farah

Tinju Piala Agong kembali selepas lebih sedekad

8 Jan

PERSEKUTUAN Tinju Malaysia (PTM) akan mengadakan semula Piala Agong pada tahun ini selepas lebih sedekad.


Menurut Presiden PTM Datuk Iruan Zulkefli, dia akan berbincang dengan ahli majlis tertinggi bagi memutuskan tarikh kejohanan itu dengan harapan ia boleh diadakan berdekatan sempena sambutan Hari Merdeka.


Kali terakhir Piala Agong dianjur adalah di Alor Setar pada 2012. "Kejohanan ini akan dianjurkan secara terbuka.

"Kami akan menjemput atlet negara kerana minat tinju dan peluang atlet negara bertembung dari luar," katanya di Nadi Weekend semalam.


Sementara itu, enam slot untuk ke Sukan SEA Mei ini masih lagi terbuka buat 25 petinju terbaik negara.


Dan persiapan untuk temasya di Kemboja itu bakal berbeza berbanding edisi sebelum ini.

"Kali ini kami akan menghantar atlet negara berlatih di Thailand berbanding sebelum ini iaitu di Uzbekistan dan Kazakhstan.

"Walaupun Thailand bukan pusat tumpuan tinju, tapi ramai atlet luar yang tidak menyertai Sukan SEA datang berlatih di sana," katanya.


Astro Awani

bottom of page