top of page
  • Writer's pictureArissa Azman

Tokyo 2020: Jurulatih berbasikal trek negara rimas diintai dua pencabar utama

3 Ogos 2021

Pengendali negara, John Beasley, mula sedar dengan perang psikologi beberapa negara gergasi berbasikal trek menjelang acara pecut Sukan Olimpik Tokyo 2020, Rabu ini.


Antaranya tindakan pegawai pasukan Great Britain dan Australia yang kerap meninjau persiapan Malaysia di Velodrom Izu.


Kedua-dua negara terbabit diletakkan bersebelahan pit pasukan negara yang menempatkan Datuk Azizulhasni Awang dan Shah Firdaus Sahrom dengan saiz yang jauh lebih kecil.


"Secara jujurnya saya agak kecewa dengan pit kecil yang disediakan untuk dua pelumba negara tapi itulah hakikatnya.


"Kami tetap akur dengan ruang yang kecil ini.


"Sentiasa sukar apabila dihimpit oleh dua negara gergasi yang menampilkan ramai pelumba apabila memakan ruang lebih besar. Ia membuatkan tempat kami menjadi lebih sempit.



--AWANI

bottom of page