top of page
  • Writer's pictureArissa Azman

Tokyo 2020: McLaughlin raih emas 400m berpagar, pecah rekod dunia

4 Ogos 2021

ATLET Amerika Syarikat, Sydney McLaughlin, memenangi acara 400 meter berpagar wanita Sukan Olimpik Tokyo dengan catatan rekod dunia 51.46 saat sebentar tadi.


Rakan senegara, Dalilah Muhammad, yang juga juara bertahan Sukan Olimpik, memenangi pingat perak (51.58s), diikuti atlet Belanda, Femke Bol (52.03s) untuk memperoleh gangsa.

backup_ads


Kemenangan tersebut memberikan pemegang rekod dunia itu pingat Olimpik pertama selepas dia gagal ke final Rio 2016 ketika berusia 16 tahun.


McLaughlin memecahkan rekod dunia yang dilakar dalam sesi kelayakan Olimpik AS Jun lalu.



--AWANI

bottom of page