top of page
  • Writer's pictureArissa Azman

Tottenham perlu sedia kehilangan Harry Kane - Pengurus

18 Ogos 2021

Tottenham tidak menjangkakan Harry Kane akan meninggalkan kelab sebelum akhir jendela perpindahan ini sungguh Nuno Espirito Santo menegaskan Spurs perlu bersedia dengan sebarang kemungkinan.


Kane tidak diturunkan dalam skuad Spurs untuk perlawanan pembukaan Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang juara Manchester City, semalam, dengan Son Heung-min menjaringkan gol kemenangan.


City yang berminat menandatangani ketua pasukan England itu -- Pep Guardiola mahu memperkasakan jentera serangannya dengan memberi seorang penggempur tengah.


Minggu lalu seteru itu dilaporkan edia menawar RM150 juta dalam usaha memancing Kane yang mempunyai kontrak selama tiga tahun lagi di Tottenham - apatah lagi pemain itu sendiri menyuarakan keinginan meninggalkan kelab itu demi mengecapi trofi.


Nuno menyatakan Kane tidak terlibat minggu lalu kerana baru kembali berlatih, namun tindakan merehatkan pemain berusia 28 tahun itu masih belum dapat meredakan spekulasi perpindahannya.


Begitupun, pengurus Spurs itu masih menagih khidmat Kane untuk musim ini, tetapi Nuno mengakui Tottenham perlu bersedia untuk melabur jika mereka melepaskan bintang kesayangan mereka tersebut.


"Keputusan (untuk tidak menyenaraikan Harry) dibuat pada Sabtu (Ahad), hari kami bersiap untuk menghadapi perlawanan," jelas Nuno kepada wartawan.


"Kami perlu membuat keputusan, itu tugas kami.


"Harry baru berlatih bersama kami, dia sedang berlatih pada hari terbabit dan dia bersiap sedia untuk membantu pasukan. Kami tidak menjangkakan (sesuatu akan berlaku sebelum tarikh akhir perpindahan tetapi) kami harus bersedia untuk bertindak jika perlu kerana hingga 31 haribulan ini, apa sahaja boleh berlaku dalam bola sepak.


"Kami mempunyai skuad kami, kami mempunyai pemain Spurs kami.


"Kami memerlukan khidmat mereka tetapi kami juga perlu sedar hingga tanggal 31 Ogos, kadang-kadang perkara berlaku di luar kawalan. Semua pengurus EPL mempunyai perasaan yang sama seperti yang saya hadapi - terus mengharungi jendela perpindahan dan kekal tenang."



--AWANI

bottom of page