top of page
  • newsatmy

Trofi bukan ukuran peningkatan United - Solskjaer.

18 Mac 2021

LONDON: Ole Gunnar Solskjaer berkata semalam bahawa peningkatan Manchester United di bawah kepimpinannya tidak seharusnya dilihat dengan banyak mana trofi dimenangi mereka.


Skuad kendalian Solskjaer berdepan minggu penentuan musim ini apabila mereka berusaha selangkah lagi untuk mencari kejuaraan pertama di bawah pengendali dari Norway itu.


United akan berkunjung ke AC Milan awal pagi esok bagai saingan pusingan kedua kelompok 16 terakhir Liga Europa selepas terikat 1-1 di Manchester.


Selepas ujian penuh muslihat itu, United akan ke Leicester bagi suku akhir Piala FA pada awal pagi Isnin.


Tidak mahu memikirkan mengenai keputusan perlawanan berkenaan, bos United, Solskjaer yakin dia sudah melihat peningkatan ketara pada tahap pasukan itu sejak menggantikan Jose Mourinho pada 2018.


"Apabila anda melihat budaya dan apa yang berlaku setiap hari, saya merasakan ada banyak peningkatan dalam rutin kerja yang kami lakukan setiap hari," kata Solskjaer.


"Pemain melakukan apa yang kami mahukan dan terpulang untuk orang luar menilai tahap peningkatan itu.


"Kami 12 mata melebihi apa yang kami capai pada masa yang sama dalam liga musim lalu. Sudah tentu kami sasarkan untuk menang trofi.


"Tapi seperti yang saya katakan, kadangkala trofi boleh menyembunyikan fakta lain apa yang berlaku di kelab."


- Berita Harian

bottom of page