top of page
  • newsatmy

Tun M kecewa, Pesalah VIP UMNO dapat layanan istimewa

25 Oktober

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mempersoalkan beberapa keputusan mahkamah yang membenarkan pemimpin-pemimpin kanan Umno dan mereka yang berkaitan melakukan perjalanan ke luar negara.


Bekas perdana menteri itu juga turut mempersoalkan penangguhan yang lama dalam menyimpulkan proses rayuan Najib Razak selepas disabitkan kesalahan dan dihukum 12 tahun penjara bagi kes SRC International.

“Keadilan yang ditangguhkan adalah penafian terhadap keadilan. Namun rayuan ini sepatutnya didengar pada bulan April, enam bulan lepas. Sekarang sudah bulan Oktober.


“Tetapi orang ini sudah kena hukum, tetapi tak masuk penjara, dan dapat escort macam VIP.

“Penjenayah VIP pertama di Malaysia,” kata Mahathir pada sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

bottom of page