• newsatmy

Tun Mahathir bertindak dalam corak fikiran BN - Kit Siang

15 April 2021

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad masih bertindak dalam corak fikiran dan gaya kerajaan Barisan Nasional (BN) semasa pentadbiran Perikatan Nasional (PH), kata Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang.


Menceritakan pengajaran yang boleh diambil daripada pengalaman parti itu memerintah negara selama 22 bulan, Kit Siang berkata bekas Perdana Menteri itu sepatutnya perlu ada gaya, cara fikiran dan rangka kerja yang baharu.


"Perdana Menteri dan menteri Kabinet perlu berfikir dan bekerja sebagai Pakatan Harapan," katanya menerusi satu kenyataan pada Rabu.


Beliau juga menyatakan PH seharusnya serius dalam mengotakan janji pilihan raya.

"Sejak dari awal penubuhan kerajaan Pakatan Harapan lagi, Perdana Menteri ketika itu sendiri, Tun Dr Mahathir yang telah mengatakan bahawa manifesto ini bukanlah satu kitab suci.


"Hasilnya, sekalipun jika kita berjaya mengotakan 80 ke 90 peratus daripada janji-janji pilihan raya Pakatan Harapan, kerosakan telah pun berlaku," katanya.


Penasihat DAP itu juga menyatakan parti komponen PH tidak patut masuk campur hal ehwal parti komponen lain.


PH berjaya membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 9 Mei 2008.


Pemerintahan gabungan itu bagaimanapun berakhir pada 24 Februari 2020 apabila Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang mempunyai 26 kerusi Parlimen pada ketika itu menarik diri daripada PH sementara 11 lagi Ahli Parlimen PKR mengumumkan keluar parti.


Keadaan itu menyebabkan PH hilang majoriti di Parlimen dan membawa kepada pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri kelapan pada 30 Mac 2020.


-Astro AWANI