top of page
  • newsatmy

Tun Salleh Abas pulang ke rahmatullah


16 Januari 2021

Bekas ketua hakim negara Tun Dr Mohamed Salleh Abas pulang ke rahmatullah hari ini dalam usia 91 tahun.


Allahyarham meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah di Kuala Terengganu.


Anak allahyarham, Ahmad Johari Salleh memaklumkan hal ini di media sosial.


"Dengan amat dukacita, ayahanda kami, Tun Mohamed Salleh Abas telah kembali ke rahmatullah pada pukul 3:20 pagi Sabtu 16 Januari 2021.


"Semoga Allah mengampuninya dan meletakkan rohnya di kalangan orang-orang yang beriman. Moga Allah kurniakannya jannatul firdaus,," katanya.


Seorang lagi anak Allahyarham, Natlrah ketika dihubungi Bernama mengesahkan Mohamed Salleh, 92, meninggal dunia akibat pneumonia di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).


“Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sheikh Ibrahim di Jalan Pusara, Kuala Terengganu,” katanya.


Sementara itu Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu Dr Nor Azimi Yunus, mengesahkan berita dukacita tersebut.


Sebelum ini Mohamed Salleh yang juga Pengerusi as-Salihin Trustee Berhad mendapat rawatan di ICU selepas disahkan positif Covid-19.


Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif as-Salihin Trustee Berhad Abdul Aziz Peru Mohamed memaklumkan hal itu pada 14 Jan lalu.



bottom of page