• newsatmy

UCL: Stefan Savic digantung empat perlawanan

15 April 2021

PEMAIN pertahanan Atletico Madrid, Stefan Savic, penggantungan empat perlawanan UEFA sebagai hukuman atas layangan kad merah ketika melakukan kekerasan terhadap Chelsea.


Savic dilayangkan kad merah setelah insiden yang melibatkan pemain Chelsea, Antonio Rudiger, pada perlawanan kedua suku akhir Liga Juara-Juara (UCL) di Stamford Bridge 17 Mac lalu.


Pemain antarabangsa Montenegro itu dikenakan tindakan disiplin oleh UEFA kerana 'menyerang pemain lain', dan juga 'mengeluarkan kata-kata kesat terhadap pengadil perlawanan'.


Diego Simeone juga menerima amaran kerana lewat memulakan permainan, sementara kelab itu sendiri mendapat denda EURO10,000. Atleti juga diperintahkan untuk membayar EURO14,000 lagi untuk "'elakuan pasukan yang tidak betul'.


Atletico tewas 2-0 di tangan pasukan London itu -- Hakim Ziyech dan Emerson Palmieri menjaringkan gol -- ketika pasukan LaLiga itu terkeluar apabila tewas 3-0 secara agregat.


Savic turun dalam kesemua perlawanan UCL bersama Atletico bagi musim 2020-21, dengan kad merah diraih menentang Blues merupakan yang ketiga dalam saingan tersebut.


-Astro AWANI