• newsatmy

UFC 264: Poirier, McGregor kembali bertarung dalam Octagon

15 April 2021

DUSTIN Poirier akan menentang Conor McGregor di UFC 264 di Las Vegas tahun ini.

Pertarungan trilogi yang dinanti-nantikan akan berlangsung di T-Mobile Arena 10 Julai ini, kata presiden UFC, Dana White, semalam.


"Saya sangat gembira akhirnya dapat mengatakan: Vegas sudah kembali," katanya.


"Musim panas ini, Las Vegas kembali dibuka dan pada 10 Julai, UFC 264 akan dilangsungkan di Arena T-Mobile dengan kapasiti 100 peratus.

"UFC 264 akan menjadi tajuk utama pertarungan ketiga antara Dustin Poirier dan Conor McGregor."


Pertarungan itu disahkan selepas McGregor mendakwa ia dibatalkan pada Isnin menerusi Twitter.


Poirier meraih kemenangan dalam pertembungan pada UFC 257 pada Januari di Abu Dhabi dengan menumbangkan lawannya dalam pusingan kedua, di mana McGregor mendakwa keputusan itu sukar diterimanya.


McGregor, yang menyifatkan persembahan lawannya tiga bulan sebagai 'luar biasa', menghenti wakil Amerika Syarikat itu dalam 106 saat dalam perlawanan pertama pada September 2014.


Bekas juara dunia dua kategori itu, yang juga berusia 32 tahun, tidak memenangi pertarungan UFC sejak Januari tahun lalu.


-Astro AWANI