• Arissa

UMNO beri notis 14 hari keluar kerajaan?

22 Jun 2021

Beberapa portal pro UMNO melaporkan mesyuarat Biro Politik Umno telah putuskan untuk memberikan notis 14 hari untuk Umno keluar dari Kerajaan.


Menurut portal pro Umno jika Parlimen tidak dipanggil dalam masa 14 hari maka Umno akan keluar menjadi pembangkang iaitu lebih kurang 4 Julai.


Dengan tindakan tersebut nampaknya bukan Kerajaan yang sedang diuji tapi institusi Presiden Umno tersebut yang sedang diuji.


Jika 4 Julai Menteri, Timbalan Menteri, lantikan di Agensi dari Umno tidak letak jawatan dan keluar dari kerajaan nampaknya Presiden Umno dan mesyuarat biro politik Umno itu sendiri sudah hilang kredibilitinya.


Dalam hal lain adakah parti komponen BN lain akan mengikuti keputusan Biro Politik Umno itu atau kerana keghairahan Presiden bertindak sendirian bersama kumpulannya akan turut beri kesan kepada ikatan Bn itu sendiri.


Dalam masa yang sama Anwar hari ini di media dilaporkan masih gah terus menyatakan rundingan Jajaran Baru politik sedang giat dilakukan.


Semalam, Penganalisis Keselamatan dan Politik, Pusat Pengajian Perang Saraf Media dan Informasi Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr. Noor Nirwandy Mat Noordin berkata tindakan Umno jika keluar dari Kerajaan dalam masa terdekat akan dilihat sebagai usaha sabotaj atau merencat proses pemulihan negara.


Ab Jalil Backer, seorang penulis dan penganalisis politik yang juga ahli Umno dalam hantaran FB nya menyatakan jika Umno tarik diri maka Khairy Jamaluddin dan Dr Adham Baba terpaksa meletakkan jawatan meninggalkan tugas penting dalam menghadapi Covid19.

Tulis Jalil lagi " rupanya (bagi Umno) persidangan parlimen dan menaikkan Anwar Ibrahim menjadi PM lebih penting dari usaha mendepani Covid19."







Che'gu Bard.




--PN Online