• newsatmy

UMNO Kelantan tetap dengan pendirian putus hubungan dengan Bersatu

24 Mac 2021

KOTA BHARU: Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan sekali lagi mengulangi pendirian memutuskan hubungan dan kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).


Ketetapan tersebut dibuat berdasarkan usul yang diluluskan dalam 12 mesyuarat perwakilan Bahagian daripada 13 Bahagian yang bermesyuarat semalam.


Menurut Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri, Akhbar Salim, mesyuarat ahli badan perhubungan parti negeri itu dihadiri oleh 12 daripada 13 Bahagian setelah Bahagian Tanah Merah digantung.


Mesyuarat tersebut, kata beliau, mengambil keputusan antara lain terus mendokong institusi presiden dan menyokong kepimpinan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai Presiden parti.


Dalam kenyataan media yang diedarkan, Akhbar memaklumkan, mesyuarat juga sepakat untuk meminta parti Pas membuat keputusan yang jelas dan segera sama ada akan bersama UMNO atau menyertai Bersatu dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).


Sementara itu, Akhbar juga berkata, pendirian UMNO Bahagian Ketereh yang membuat usul menyokong kerajaan Perikatan Nasional yang dihantar kepada Presiden merupakan kes terpencil kerana tidak melalui Badan Perhubungan UMNO Negeri. - AA


Langgani Buletin Kami

  • White Facebook Icon

© 2020 by EPS Digital Tech Sdn Bhd.