top of page
  • Writer's pictureMatha Ahmad

UMNO pecat Idris Haron

6 Oktober 2021

UMNO sudah mengeluarkan surat pelucutan keahlian terhadap dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti itu yang didapati melanggar perlembagaan sehingga mereka hilang keahlian secara automatik.


Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hassan berkata, beliau telah mengarahkan Setiausaha Agung Datuk Seri Ahmad Maslan menulis surat berkenaan kepada dua ADUN terbabit iaitu Datuk Seri Utama Idris Haron (Sungai Udang) dan Datuk Nor Azman Hassan (Pantai Kundor).


“Dalam pindaan Perlembagaan UMNO yang telah kita luluskan awal tahun ini, telah kita buat, siapa-siapa yang berada di pentas atau mewakili parti-parti mana atau bertentangan dengan parti, maka dia terlucut keahlian dengan sendiri.


“Tak payah dipecat, tapi kita tulis surat mengatakan bahawa keahliannya terlucut dengan sendiri mengikut peraturan-peraturan dalam perlembagaan kita,” katanya.


Beliau yang juga Pengarah Pilihan Raya UMNO berkata demikian selepas memberikan kata-kata semangat kepada pimpinan Badan Perhubungan UMNO Melaka, di sini malam tadi.


Sebelum itu, Datuk Seri Idris Haron mempersoalkan kuasa Pengerusi Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusof yang mengumumkan keahliannya dalam parti telah gugur secara automatik.


Pada sidang akhbar yang diadakan, beliau tidak menyatakan sokongan terhadap PH tetapi hanya menarik sokongan terhadap kerajaan negeri Melaka.


Tindakan Idris Haron mirip kepada tindakan Datuk Seri Zahid Hamidi dan sebahagian ahli parlimen UMNO yang menarik sokongan terhadap Tan Seri Muhyuddin Yassin dan mengakibatkan perletakkan jawatan beliau selaku Perdana Menteri Ke 7.


Walaubagaimanapun kesemua Ahli Parlimen UMNO termasuk Datuk Seri Zahid Hamidi tidak dipecat keahlian UMNO.


Dikalangan akar umbi UMNO berpendapat,parti UMNO telah mengamalkan "Double Standard" didalam berkaitan pengurusan parti.




Comentários


bottom of page