top of page
  • newsatmy

UMNO perlu jalin kerjasama di PRN Melaka-Hisamuddin

21 OKtober

Kerjasama politik di peringkat Persekutuan serta negeri perlu selari ketika menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, ia seolah-olah memberi isyarat kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN) perlu menjalin kerjasama dengan parti lain.

Datuk Seri Hishammuddin Hussein, bekas naib presiden UMNO menjelaskan, ini perlu menjadi pertimbangan utama UMNO dan BN demi pengukuhan parti yang mempunyai aspirasi sama. “Secara peribadi saya berpandangan, persefahaman dan kerjasama politik di peringkat Persekutuan wajar seiring dengan negeri, Ia disebabkan peringkat persekutuan kita berada di dalam barisan kabinet yang sama. “Kerjasama politik yang kukuh antara parti yang mempunyai aspirasi dan matlamat yang sama wajar menjadi pertimbangan utama BN khususnya dalam persiapan ke arah PRN Melaka,” katanya dalam tulisan di Facebooknya.

UMNO dijangka akan mengadakan mesyuarat majlis tertinggi malam ini.UMNO akan membuat kepurusan malam ini sama ada akan bergerak secara solo atau menjalinkan kerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) pada PRN Melaka.

Perikatan Nasional (PN) pula, sudah bersedia untuk bergerak secara bersendirian dalam PRN di Melaka, sehingga kini UMNO masih berteka-teki dalam membuat keputusan sama ada untuk bergerak sendirian atau sebaliknya.

Hisamuddin selaku menteri pertahanan,juga menjelaskan keputusan dan strategi BN untuk bekerjasama dengan parti yang mempunyai pemikiran selari semasa PRN harus dirunding dan dipertimbangkan secara serius demi kestabilan politik tanahair. “Saya juga berpendapat keputusan dan pertimbangan strategi politik Barisan Nasional di #PRNMelaka amat penting kerana ia akan terus diperhatikan oleh rakyat,” ujarnya lagi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 20 November ini sebagai hari pengundian bagi PRN Melaka dan hari penamaan calon pada 8 November serta tarikh mengundi awal pada 16 November dengan tempoh berkempen selama 12 hari bermula selepas pengisytiharan calon sehingga jam 11.59 malam pada 19 November.


bottom of page