top of page
  • Writer's pictureArissa Azman

UMNO rugi jika Covid-19 menurun - Rahman Dahlan

12 Julai 2021

Dalam satu video kenyataan Ahli Majlis Tertinggi (AMT) UMNO, Rahman Dahlan yang tular beberapa hari yang lepas di mana beliau mengatakan UMNO akan rugi jika kes Covid-19 menurun dan ekonomi meningkat.


Beliau didakwa berkata demikian dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pada malam Rabu sehingga dituduh sanggup memperjudikan keselamatan rakyat demi politik UMNO.


Beliau berkata dalam video tersebut, beliau meluahkan kebimbangan jika kes Covid-19 semakin menurun, UMNO juga pasti akan jatuh.


"Bila kes Covid-19 turun nanti, UMNO akan rugi sebab kita tak dapat kredit, yang dapat kredit ialah Perdana Menteri," ujar beliau.


Beliau khuatir apa akan jadi pada UMNO bila keadaan sudah reda, ekonomi sudah menampakkan peningkatan.


"Sebab itu saya kata masa itu penting. Kalau Covid ni dah reda nanti atas kerja kuat menteri-menteri UMNO dalam kabinet, saya khuatir kita tidak akan diberi kredit,


"kita nak tunjuk pada rakayat bahawa kita bersama mereka, dan kita nak tunjuk kepada rakyat bahawa kita tukar Perdana Menteri,


Beliau turut menekankan bahawa penukaran Perdana Menteri ini adalah perkara biasa dalam politik dunia.


"Perkara pertama yang perlu kita lakukan ialah, kita tarik sokongan kepada Perdana Menteri sekarang, kemudian Presiden serahkan kepada Parlimen, kita hormati demokrasi dan parlimen akan menentukan,


"Saya sebagai Ahli Majlis Tertinggi saya ras bebanan itu sudah tiada di bahu saya, sebab itu kita serahkan kepada budi bicara ahli-ahli parlimen,


"Takkanlah kita nak lantik orang yang lain dari kita, takkan kita nak sokong DAP dan PH" tambah beliau.


Beliau turut yakin bahawa ahli parlimen akan membuat keputusan yang terbaik di dalam parlimen nanti.


"Saya yakin PPBM akan gentar kalau 42 ahli Barisan Nasional bersatu hati untuk satu tujuan, iaitu menurunkan Perdana Menteri yang sekarang,


"Apa PPBM boleh buat kalau 42 ahli ni bersatu? NOTHING! Esok pun kita dah boleh dapat Perdana Menteri baru,


"Kekuatan MKT, disambung pula dengan kekuatan ahli parlimen, tiada apa yang boleh menghalang kami,


Beliau turut berkata hendak menurunkan Perdana Menteri sekarang, iaitu Tan Sri Mahiaddin Yassin.


"Siapa yang akan menggantikan beliau? Kita ada Timbalan Perdana Menteri, kita ada Noraini yang boleh menggalas tanggungjawab sebagai Perdana Menteri," tambah beliau.


Rakaman suara ini menunjukkan bukti bahawa dalam keadaan sekarang ini pun, puak-puak mereka masih lagi memikirkan politik untuk menaikkan parti mereka, bukan berfikir untuk membantu rakyat.


Beliau masih lagi berusaha untuk menukarkan Perdana menteri untuk menaikkan parti mereka, bukannya untuk mengatasi masalah covid supaya negara kita kembali pulih.


Jika mereka naik semula, apa akan jadi kepada rakyat?




--PN Online

bottom of page