top of page
  • Writer's pictureNihaba

Umur 18 tahun boleh bertanding pilihan raya-Wan Rosdy

10 Disember 2021

KUANTAN - Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang meluluskan pindaan Enakmen Undang-Undang Tubuh Kerajaan Pahang (Bahagian Kedua) (Pindaan) 2021 bagi menurunkan kelayakan umur daripada 21 kepada 18 tahun untuk seseorang individu bertanding kerusi DUN pada pilihan raya.


Pindaan terhadap Perkara 19, Rang Undang-Undang Tubuh Pahang (Pindaan) 2021 di sokongan sebulat suara oleh ahli Dewan ketika sidang DUN di sini pada Jumaat.


Pindaan rang undang-undang itu dibentangkan Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan disokong Mohd Shahrim Md Zain (BN- Chini) sebelum diluluskan selepas dibacakan kali ketiga.


Sementara itu, Yang Dipertua DUN Pahang, Datuk Seri Ishak Muhamad memaklumkan, hanya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemayan, Datuk Mohd Fadil Osman tidak hadir untuk menyokong pindaan tersebut kerana sakit dan laporan perubatan telah diserahkan kepada sidang DUN.


"Pindaan rang undang-undang selari dengan pindaan Perlembagaan Persekutuan untuk menurunkan umur warganegara yang layak menjadi calon daripada 21 kepada 18 tahun," jelas beliau.


コメント


bottom of page