• Nihaba

Undi 18 dan daftar automatik akan dilaksanakan sebelum Disember 2021-Wan Junaidi

25 November


KUALA LUMPUR-Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Wan Junaidi Tuanku Jaafar menjelaskan Pelaksanaan Undi 18 dan pendaftaran pemilih automatik akan dilaksanakan sebelum 31 Disember ini, manakala perundangan berhubung antilompat parti dan pengehadan tempoh perdana menteri dicadang dibawa ke Parlimen sebelum Julai 2022.


Kenyataan beliau bagi menjelaskan status terkini pelaksanaan Memorandum Persefahaman Transformasi dan Kestabilan Politik antara kerajaan dengan Pakatan Harapan (PH) yang ditandatangani pada 13 Sept lepas.

Beliau berkata pelaksanaan Undi 18 dan pendaftaran pemilih automatik itu berdasarkan keputusan jemaah menteri serta Mahkamah Tinggi Kuching pada 3 September.


“Bagi Undi 18 pula , rang undang-undang ini perlu dilaksanakan sebelum tamatnya persidangan Dewan Rakyat, ini disebabkan hakim telah menetapkannya, jika kerajaan tidak melaksanakan bermakna perdana menteri, kerajaan Malaysia akan dianggap menghina mahkamah,” katanya ketika menjawab soalan Anwar Ibrahim (PH-Port Dickson) berhubung perkara itu di Dewan Rakyat hari ini.


Manakala bagi perundangan antilompat parti dan pengehadan tempoh perdana menteri, ia memerlukan kajian dan sesi libat urus yang terperinci dan tidak boleh dibuat dalam keadaan tergesa-gesa,tambah beliau lagi.