top of page
  • Writer's pictureArissa Azman

Untuk menjadi Pemimpin, seseorang perlu fasih berbahasa Melayu


Sering kedengaran kenyataan beberapa pemimpin negara bahawa pengambilan lebih ramai kaum bukan Melayu untuk bekerja dalam sektor awam, akan memudahkan kaum bukan Melayu ketika berurusan di pejabat kerajaan, kerana masih ramai kaum bukan Melayu tidak fasih berbahasa Melayu.


Malah, terdapat ramai juga yang tidak boleh berbahasa Melayu langsung, sedangkan bahasa Melayu ialah bahasa negara ini.


Pengambilan ini diharapkan dapat menyelesaikan masalah komunikasi dalam bahasa Melayu yang dihadapi kaum bukan Melayu.


Salah seorang calon Parti Perikatan Nasional, Clarice Chan Ming Wang yang bertanding di N22 BANDAR HILIR, dilihat sangat fasih berbahasa melayu.


Beliau ketika ditemui di Rama-rama Hotel untuk rakaman video pengenalan calon DUN Melaka, kelmarin, memberikan pengenalan diri yang amat ringkas tetapi jika didengar slang melayunya itu seakan beliau seorang yang berbangsa melayu.


Gaya percakapannya yang petah membuatkan beliau nampak luar biasa berbanding orang lain kerana bukan semua bangsa Cina dan India pandai bertutur Bahasa Melayu dengan fasih.


Clarice amat sesuai untuk dijadikan contoh yang baik buat kaum ataupun pemimpin yang bukan melayu agar petah berbahasa melayu kerana.


Berbalik pada kaum melayu juga, kita digalakkan untuk belajar bahasa selain bahasa melayu, seperti bahasa mandarin dan juga bahasa tamil.


Sejak Ahad, tular video berdurasi 58 saat memaparkan calon termuda Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, Leong Hui Ying tidak dapat menjawab soalan wartawan Melaka Hari Ini yang menemuinya di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di ibu negara pada Sabtu lalu.


Malah, kedengaran Hui Ying melontarkan ayat berbahasa Cina yang bermaksud 'saya tidak tahu' bagi menjawab soalan wartawan tersebut.


Pada soalan berikutnya pula ketika ditanya bagaimana mahu bersaing dengan senior dalam politik, Hui Ying hanya memberikan jawapan ringkas dalam bahasa Inggeris yang bermaksud 'saya akan cuba yang terbaik'.


Bahasa mencerminkan bangsa. Apakah bahasa bangsa Malaysia? Bangsa Malaysia yang terbesar terdiri daripada Melayu, Cina dan India.


Termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan bahawa bahasa Melayu adalah bahasa rasmi, iaitu bahasa kebangsaan.


Akta Pendidikan 1963 dan 1967 juga mengangkat bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.


Ini bermaksud, bahasa Melayu bukan bahasa bangsa Melayu tetapi adalah bahasa bangsa Malaysia.


Walaupun bahasa Melayu dijamin Perlembagaan sebagai bahasa rasmi, namun masih ramai lagi rakyat Malaysia tidak fasih bahasa Melayu.


Bahasa Melayu sering dipandang rendah atau boleh diertikan sebagai ditolak kerana beranggapan bahasa itu hanya digunakan di Malaysia, bukan bahasa global, tiada nilai ekonomi dan tiada nilai profesional.


Kaum Cina lebih selesa memilih Mandarin, Hokkien dan Kantonis dalam semua urusan. Hal ini diburukkan lagi apabila segelintir warganegara yang tidak boleh bertutur dalam bahasa Melayu dengan baik ketika berurusan di sektor kerajaan.


Sebagai warganegara, kita patut mengangkat bahasa kebangsaan ke tahap tertinggi. Bahasa Melayu adalah bahasa rasmi bangsa Malaysia, bukan bahasa untuk orang Melayu.



bottom of page