• newsatmy

UPSR mansuh sepenuhya, PT3 dibatalkan

28 April 2021

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memuktamadkan untuk memansuhkan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) mulai 2021.


Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Radzi Jidin dalam Sidang Media Khas berkata tiada peperiksaan ganti bagi ujian Murid Tahun 6 itu.


Sebaliknya jelas Radzi, fokus utama kementerian ketika ini adalah untuk memperkasakan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK).


"UPSR sebagai satu komponen untuk ke SBP. Namun begitu apabila kita melaksanakan PKSK bagi membolehkan murid masuk ke SBP, kita lihat hanya 1/4 jumlah keseluruhan murid dalam Tahun Enam (2020) mengambil keputusan untuk menduduki PKSK," katanya.


Jelas beliau, keputusan membatalkan PT3 bagi tahun ini dibuat dengan mengambil kira kekangan masa bagi para pelajar untuk membuat persiapan khususnya pembelajaran bersemuka bersama guru di sekolah.


"Jika kita lihat keadaan penularan COVID-19 masih belum dapat ditangani sepenuh dan kita memgambil kira keadaan semasa dan mengambil kira bahawa tanpa pelaksanaan PT3, keadah pentaksiran murid boleh terus dilaksanakan," katanya.


Tahun lalu, KPM mengumumkan UPSR dan PT3 dibatalkan berikutan pandemik COVID-19.

-Astro Awani