• newsatmy

Uqasha Senrose, Kamal Adli bertunang

5 April 2021

KUALA LUMPUR: Pasangan pelakon, Uqasha Senrose dan Kamal Adli, selamat melangsungkan pertunangan pada petang Ahad.


Menurut sumber, majlis merisik dijalankan serentak dan berlangsung secara tertutup di sebuah hotel di Kuala Lumpur.


Majlis hanya dihadiri ahli keluarga terdekat pasangan itu.


Momen indah itu dikongsi adik Uqasha, Raysha Rizrose di ruangan Insta Story di akaun Instagram miliknya.


Pereka fesyen, Shanell Harun turut memuat naik entri ketika sesi tatarias di laman sosial.


Terdahulu, Uqasha dan Kamal memaklumkan kepada media mereka berhasrat mengadakan majlis perkahwinan di kawasan tanah tinggi.


Kamal sebelum ini melamar Uqasha secara terbuka dalam Anugerah MeleTOP ERA, Disember tahun lalu.


Pasangan itu dikatakan mula rapat selepas terbabit dalam beberapa drama bersiri sejak 2019.


- Astro Awani