• newsatmy

Usah terperdaya propaganda kumpulan anti vaksin - Sultan Selangor.

28 Febuari 2021

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj menyeru rakyat agar tidak terpengaruh dengan penyebaran kumpulan tertentu yang mendakwa diri mereka sebagai anti-vaksin yang tular pelbagai informasi tidak tepat tentang pengambilan vaksin COVID-19.


Titah Baginda menerusi Facebook Selangor Royal Office, usaha yang dilaksanakan oleh kerajaan menerusi pengagihan vaksin ini adalah seiring dengan tuntutan agama dan amat perlu dilakukan demi kesihatan dan kesejahteraan rakyat .


“Beta menasihatkan sekalian rakyat Selangor khususnya dan rakyat Malaysia am-nya, agar mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 masing-masing seperti yang telah dijadualkan oleh Kementerian Kesihatan.


“Selain itu, Beta juga berkenan untuk menerima giliran suntikan vaksin Covid-19 hanya selepas semua petugas barisan hadapan (frontliners) termasuk para doktor, jururawat, kakitangan hospital, anggota keselamatan, polis, tentera dan guru, mendapat suntikan vaksin berkenaan,” titah baginda.


Titah baginda lagi, keutamaan pemberian vaksin ketika ini harus difocuskan kepada petugas-petugas barisan hadapan yang berdepan risiko jangkitan yang lebih luas.


Baginda sendiri akan terus mematuhi SOP yang ditetapkan oleh pihak berkuasa termasuk memakai pelitup muka, mengekalkan penjarakan fizikal lebih 1 meter serta duduk di rumah sekiranya tidak perlu untuk berada di luar.


Namun demikian, meskipun telah mendapatkan vaksin akan datang, Baginda mahu rakyat terus hidup dengan mengamalkan norma baharu sehinggalah pandemik Covid-19 ini dapat dikawal.

Langgani Buletin Kami

  • White Facebook Icon

© 2020 by EPS Digital Tech Sdn Bhd.