Usul bahas Ordinan Darurat dibawa September depan
3 Ogos 2021
KUALA LUMPUR: Jemaah Menteri akan membincangkan berkenaan usul untuk membahas dan mengungkaikan Ordinan-ordinan Darurat esok sebelum ia dibawa pada sidang Parlimen, September depan.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ia susulan proses pembatalan Ordinan-ordinan Darurat oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billal Shah seperti yang disembab nasihat oleh Jemaah Menteri pada 23 Julai lalu tidak dapat disempurnakan.
Dengan berakhirnya Proklamasi Darurat pada 1 Ogos lalu berdasarkan peruntukan Perlembagaan Persekutuan, pembatalan Ordinan-ordinan Darurat oleh Yang di-Pertuan Agong tidak lagi berbangkit.
"Usul ini yang akan dibincangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri esok diharapkan dapat menyelesaikan polemik berkaitan pembatalan ordinan-ordinan darurat secara harmoni dan perlembagaan," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
--PN Online
Comments