• newsatmy

Usul benarkan penerima dua dos vaksin rentas negeri akan dibawa ke mesyuarat MKN - Ismail Sabri

2 April 2021

KUALA LUMPUR: Keputusan sama ada rakyat Malaysia yang telah menerima dua dos vaksin dibenarkan merentas negeri akan dibincangkan dalam Mesyuarat Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN).


Demikian jelas Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika diminta mengulas kenyataan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung perkara itu.


Tambahnya, ia akan dibawa dalam Mesyuarat MKN yang akan dipengerusikan sendiri Muhyiddin.


"Saya tidak boleh komen sebab saya tahu semalam pun melalui media. Mungkin (Muhyiddin) sudah bincang dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), saya tidak tahu.


"Jadi, kita akan bincang dalam Mesyuarat Sidang Khas MKN yang dipengerusikan Perdana Menteri nanti,” jelasnya ketika ditemui selepas melancarkan Majlis Penamaan Kereta Perisai Mobiliti Tinggi 4X4 (HMAV 4X4) Pertama Malaysia di Kem Perdana Sungai Besi, di sini, pada Jumaat.


Muhyiddin pada Khamis memberikan jaminan penerima suntikan dua dos vaksin COVID-19 mungkin akan diberikan kebenaran untuk merentas negeri tanpa sebarang halangan.


Beliau berkata demikian sewaktu menyampaikan Sesi Balai Rakyat Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 di Kuching pada Khamis.


- Astro Awani


Langgani Buletin Kami

  • White Facebook Icon

© 2020 by EPS Digital Tech Sdn Bhd.